Notis Perlindungan Data Peribadi
Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menerangkan bagaimana Asian Institute of Chartered Bankers (dahulunya dikenali sebagai Institut Bank-Bank Malaysia) (“AICB”) mengumpul dan memproses Data Peribadi anda.
Pengumpulan Data Peribadi
- Data Peribadi bermaksud maklumat peribadi yang boleh mengenalpastikan identiti anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, umur, jantina, kewarganegaraan, kad pengenalan/nombor pasport anda, maklumat-maklumat hubungan anda, imej atau foto anda, bukti-bukti kelayakan akademik dan profesional anda, maklumat-maklumat majikan anda, maklumat-maklumat perbankan dan pembayaran, imej-imej CCTV atau rakaman visual kamera melalui penggunaan televisyen litar tertutup dan mana-mana maklumat lain yang mungkin mengenalpasti anda, yang pernah atau mungkin pernah dikumpul, disimpan, diguna dan diproses oleh AICB dari semasa ke semasa.
AICB juga mengumpul dan memproses data peribadi sensitif yang termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat berkaitan dengan kepercayaan-kepercayaan agama, dan rekod-rekod kesihatan dan rekod-rekod jenayah anda. - AICB mungkin mengumpul dan/atau memproses Data Peribadi anda:
- apabila anda mendaftar sebagai ahli dengan AICB;
- apabila anda meminta maklumat mengenai produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan AICB;
- apabila anda mendaftar untuk acara-acara pemasaran, forum-forum, persidangan-persidangan, seminar-seminar, bengkel-bengkel, kursus-kursus latihan, kursus-kursus pensijilan dan/atau peperiksaan-peperiksaan dengan AICB sama ada melalui AICB secara langsung atau melalui majikan anda;
- apabila anda mengakses atau mengguna laman web AICB (“Laman Web” tersebut) dan AICB Online (termasuk tetapi tidak terhad kepada “Member portal, Corporate portal and Staff portal”) di aicb.org.my;
- apabila majikan anda memberikan Data Peribadi anda kepada AICB untuk tujuan-tujuan kursus-kursus latihan/pensijilan dan/atau peperiksaan-peperiksaan;
- apabila maklumbalas atau aduan-aduan dibuat terhadap anda secara selaras dengan Peraturan-Peraturan Aduan-Aduan dan Penyiasatan-Penyiasatan AICB;
- apabila anda memberikan maklumbalas atau membuat aduan-aduan secara selaras dengan Peraturan-Peraturan Aduan-Aduan dan Penyiasatan-Penyiasatan AICB;
- apabila anda berkomunikasi atau berinteraksi dengan AICB melalui platform-platform media sosial atau laman-laman rangkaian sosial;
- apabila anda menyertai kempen-kempen dan kajian-kajian media sosial kami;
- apabila anda memula sebarang hubungan perniagaan dengan kami;
- apabila anda melawat pejabat-pejabat kami.
- AICB juga mungkin mengumpul dan memproses Data Peribadi dalam bentuk penangkapan foto atau rakaman video, untuk tujuan penerbitan-penerbitan, penyiaran webcast, pengawasan premis-premis atau untuk rekod-rekod AICB, di mana relevan.
- Pengumpulan dan pemprosesan data peribadi mungkin wajib atau secara sukarela. Anda akan dimaklumkan sama ada pengumpulan dan pemprosesan adalah wajib atau secara sukarela. Pembekalan Data Peribadi anda adalah wajib sekiranya anda ingin mendaftar sebagai ahli AICB dan/atau sekiranya anda ingin menghadiri acara-acara pemasaran, forum-forum, persidangan-persidangan, seminar-seminar, bengkel-bengkel, kursus-kursus latihan, kursus-kursus pensijilan dan/atau peperiksaan-peperiksaan yang dianjurkan oleh atau melalui AICB. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda tidak membekalkan Data Peribadi anda, pengalaman anda dengan AICB mungkin akan terjejas. Sebagai contoh, AICB mungkin tidak dapat mendaftarkan anda sebagai ahli AICB dan memberi manfaat-manfaat yang ditawar kepada ahli-ahli AICB dan anda mungkin tidak dapat menghadiri acara-acara pemasaran, forum-forum, persidangan-persidangan, seminar-seminar, bengkel-bengkel, kursus-kursus latihan/pensijilan, atau peperiksaan-peperiksaan yang dianjurkan oleh atau melalui AICB.
- Dengan membekalkan Data Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dan membenarkan AICB untuk memproses Data Peribadi anda secara selaras dengan Notis ini.
- Dalam keadaan-keadaan tertentu anda mungkin telah memberi data peribadi yang berkenaan dengan individu-individu lain (seperti pasangan anda, ahli-ahli keluarga atau kawan-kawan anda) dan dalam keadaan-keadaan seperti ini anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah diberi kuasa untuk membekalkan data peribadi mereka kepada AICB dan anda telah memperoleh kebenaran mereka untuk data peribadi mereka diproses dan diguna dalam cara yang dinyatakan dalam Notis ini.
Tujuan-Tujuan Pemprosesan
- AICB mungkin akan mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan perniagaan dan aktiviti-aktiviti AICB yang termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut (“Tujuan-tujuan” tersebut):
- untuk memproses permohonan anda untuk mendaftar sebagai ahli AICB dan rakan-rakan kongsi pelajaran kami;
- untuk memproses permohonan anda untuk mendaftarkan nama dalam forum-forum, persidangan-persidangan, seminar-seminar, bengkel-bengkel, kursus-kursus latihan/pensijilan, atau peperiksaan-peperiksaan;
- untuk berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan keahlian anda dengan AICB atau berkaitan dengan forum-forum, persidangan-persidangan, seminar-seminar, bengkel-bengkel, kursus-kursus latihan/pensijilan atau peperiksaan-peperiksaan yang anda mendaftar nama untuk;
- untuk memproses keputusan peperiksaan dan anugerah untuk kursus-kursus pensijilan anda;
- untuk tujuan-tujuan pentadbiran dan analisis dalaman AICB, termasuk untuk menerbitkan nama dan nombor keahlian anda dalam laporan tahunan AICB;
- untuk membantu AICB membangunkan perniagaan, aktiviti-aktiviti, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatannya;
- untuk mengundang anda ke acara-acara yang dianjurkan oleh AICB;
- untuk memproses sebarang aduan-aduan terhadap anda yang dikemukakan secara selaras dengan Peraturan-Peraturan Aduan-Aduan dan Penyiasatan-Penyiasatan AICB;
- untuk memproses aduan-aduan anda yang dikemukakan secara selaras dengan Peraturan-Peraturan Aduan-Aduan dan Penyiasatan-Penyiasatan AICB;
- untuk tujuan-tujuan penyiasatan-penyiasatan (termasuk penyiasatan-penyiasatan dalam atau di luar AICB), pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;
- untuk tujuan-tujuan pentadbiran dan penyimpanan rekod dalaman;
- untuk melindungi dan membela hak-hak atau harta-harta kepunyaan AICB;
- untuk AICB mematuhi obligasi-obligasinya di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai.
- AICB mungkin juga akan mengguna dan memproses data anda untuk tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan Tujuan-Tujuan (“Tujuan-Tujuan Tambahan”) seperti:
- untuk mengambil foto atau gambar anda di acara-acara/sesi-sesi latihan yang dianjurkan oleh AICB untuk tujuan-tujuan yang bukan untuk keuntungan termasuk surat berita, laporan tahunan, laman web, dan platform-platform media sosial/laman-laman rangkaian sosial Institusi;
- untuk membekal, memasar dan/atau mempromosi kepada anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawar atau mungkin ditawar oleh AICB atau rakan-rakan perniagaannya, seperti perniagaan-perniagaan atau badan-badan pensijilan lain;
- untuk mengenalpasti produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang mungkin relevan kepada anda daripada rakan-rakan kongsi, pembekal-pembekal dan/atau pihak-pihak ketiga lain.
- AICB mungkin akan menghubungi anda untuk Tujuan-Tujuan dan Tujuan-Tujuan Tambahan sama ada melalui panggilan telefon, emel-emel, perkhidmatan mesej ringkas, pos, faks, media sosial atau sebarang bentuk komunikasi lain. Sekiranya anda tidak ingin menerima atau tidak mahu data peribadi anda diproses untuk sebarang Tujuan-Tujuan Tambahan, sila kemukakan suatu permohonan bertulis kepada kami melalui maklumat-maklumat hubungan yang disediakan di bawah Perenggan 16: Permintaan-Permintaan dan Pertanyaan-Pertanyaan Akses dan Pembetulan.
Pemindahan Data Peribadi
- Data Peribadi anda mungkin akan dipindah, disimpan, diguna dan diproses di dalam suatu bidang kuasa di luar Malaysia untuk mana-mana Tujuan-Tujuan, yang selaras dengan Notis ini dan juga selaras dengan mana-mana undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai. Pemindahan data peribadi ke suatu bidang kuasa di luar Malaysia mungkin diperlukan bagi Tujuan-Tujuan berbeza termasuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan pemeriksaan, pensijilan, keahlian dan pentadbiran.
Penzahiran Kepada Pihak-Pihak Ketiga
- Untuk Tujuan-Tujuan dan Tujuan-Tujuan Tambahan, AICB mungkin berkongsi atau menzahirkan Data Peribadi anda dengan:
- majikan anda untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan keahlian, kemajuan pembelajaran, peperiksaan dan pensijilan anda;
- majikan berpotensi anda atau agensi-agensi perekrutan untuk tujuan-tujuan berkaitan dengan keahlian anda, e.g. mengesahkan keahlian anda dengan AICB;
- pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga AICB untuk tujuan-tujuan memudahkan dan melaksanakan acara-acara perniagaan tertentu untuk AICB;
- rakan – rakan perniagaan AICB, seperti badan-badan pensijilan lain;
- penasihat-penasihat profesional dan juruaudit-juruaudit luaran AICB;
- jawatankuasa-jawatankuasa, tribunal-tribunal dan personel/staf AICB;
- badan-badan profesional lain yang anda merupakan seorang ahli, dalam kes-kes di mana terdapatnya aduan terhadap anda yang dibuat secara selaras dengan Peraturan-Peraturan Aduan-Aduan dan Penyiasatan-Penyiasatan AICB;
- sebarang ejen yang bertindak untuk pihak AICB;
- pihak-pihak berkuasa statutori dan kawal-selia untuk mematuhi kehendak-kehendak statutori dan kerajaan.
Penggunaan Cookies
- AICB mungkin akan menggunakan Cookies yang merupakan fail-fail teks kecil yang diletakkan dalam komputer atau peranti gerakan anda oleh Laman Web apabila anda melawat Laman Web tersebut. Sebagai contoh, AICB mungkin mengumpul alamat IP anda, perisian pelayar web (seperti Firefox, Internet Explorer atau Safari) dan menyimpan butir-butir dalam cookie disulitkan yang unik. AICB tidak akan dapat memperolehi data peribadi anda atau mengenalpasti identiti anda daripada penggunaan Cookies sahaja kecuali anda membekalkan data peribadi anda kepada AICB. Penggunaan Cookies akan membantu Laman Web, atau laman web rujukan yang lain, untuk mengesahkan akses pengguna semasa dan mengenali peranti anda apabila anda melawat Laman Web tersebut pada lain kali. Ini akan membenarkan AICB untuk mendapatkan kembali akaun dan keutamaan anda, butir-butir log masuk/permohonan, menganalisis berapa baik Laman Web sedang berfungsi, atau sampai membenar AICB mencadangkan kandungan yang AICB percaya paling relevan kepada anda.
- Anda boleh memadamkan fungsi Cookies daripada komputer anda. Kami mencadangkan anda menghidupkan fungsi Cookies untuk mempertingkatkan penggunaan anda dalam laman web kami. Dengan memadamkan fungsi Cookies, anda mungkin tidak dapat mengakses perkhidmatan-perkhidmatan dan alat-alatan yang ditawarkan dalam Laman Web.
Sambungan Kepada Laman Web–Laman Web Pihak Ketiga
- Laman Web mungkin mengandungi sambungan-sambungan ke laman web-laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa AICB tidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian atau penzahiran data dan maklumat oleh pihak-pihak ketiga. Sekiranya anda membekalkan maklumat secara langsung kepada laman-laman tersebut, polisi privasi dan terma-terma perkhidmatan dalam laman-laman tersebut adalah terpakai dan AICB tidak bertanggungjawab untuk amalan-amalan pemprosesan maklumat atau polisi-polisi privasi laman-laman tersebut.
Sekuriti Data Peribadi
- AICB akan mengambil langkah-langkah dan langkah-langkah berjaga-jaga untuk melindungi data peribadi yang kami mengumpul daripada penyalahgunaan, kehilangan, penzahiran atau akses tanpa kebenaran dan daripada pengubahsuaian dan kemusnahan tanpa kebenaran. Langkah-langkah munasabah juga akan diambil untuk memastikan pemproses-pemproses data pihak ketiga yang kami lantik akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk melindungi data peribadi dan mematuhi undang-undang perlindungan data yang terpakai. Walaupun kami mengambil langkah-langkah munasabah untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak dapat menjamin data peribadi tersebut tidak akan mengalami gangguan pihak ketiga, penyalahgunaan atau penggodaman dan kami tidak akan bertanggungjawab atau bertanggung untuk sebarang kehilangan, penyalahgunaan atau perubahan yang muncul akibat kejadian-kejadian yang tersebut.
Permintaan-Permintaan dan Pertanyaan-Pertanyaan Akses dan Pembetulan
- Tertakluk kepada sebarang pengecualian-pengecualian di bawah undang-undang yang terpakai, anda boleh meminta akses atau pembetulan kepada Data Peribadi anda yang dalam pegangan AICB, mengemukakan pertanyaan-pertanyaan atau aduan-aduan anda tentang pemprosesan Data Peribadi anda, mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda untuk Tujuan-Tujuan Tambahan dan/atau menarik balik kebenaran anda untuk Tujuan-Tujuan Tambahan dengan mengemukakan permintaan bertulis kepada:-
Asian Institute of Chartered Bankers (Member Services)
Levels 11 & 12
Bangunan AICB
10 Jalan Dato' Onn
50870 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: (603) 2602 6833
Emel: [email protected]
- Semasa mengemukakan permintaan anda, sila memastikan bahawa anda membekalkan semua maklumat yang diperlukan dan membolehkan AICB untuk mengenalpasti identiti anda dengan sewajarnya. Maklumat sedemikian termasuk nama penuh anda, butir-butir hubungan, alamat dan maklumat dan butir-butir relevan lain. Kami mungkin akan menolak permintaan anda untuk akses dan/atau pembetulan sekiranya maklumat yang dibekalkan tidak mencukupi. Suatu permintaan untuk mengakses data peribadi anda mungkin tertakluk kepada suatu pembayaran fi, yang selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai.
- AICB merizabkan hak untuk menolak permintaan-permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan kepada Data Peribadi anda untuk alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, contohnya penanggungan daripada pemberian akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko-risiko ke atas privasi anda.
Pengiktirafan dan Kebenaran
- AICB mempunyai hak untuk mengubah suai, mengemaskini atau mengubah terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemaskini dalam Laman Web. Sebarang perubahan kepada Notis akan berkuatkuasa selepas paparan Notis yang dikemaskini atau diubah dalam Laman Web AICB. Dengan komunikasi secara berterusan dengan AICB, dengan mengguna perkhidmatan-perkhidmatan AICB (termasuk penggunaan Laman Web ini) atau berterusan untuk menjadi ahli AICB selepas pengubahsuaian, kemaskini atau ubahan kepada Notis ini, tindakan-tindakan tersebut menandakan penerimaan anda untuk pengubahsuaian, kemaskini atau ubahan yang tersebut.
Lain-Lain
- Notis ini dikawal dan seharusnya ditafsirkan secara selaras dengan undang-undang di Malaysia. Notis ini disediakan dalam bahasa-bahasa Inggeris dan Melayu. Sekiranya terdapat sebarang pencanggahan di antara versi Inggeris dan versi Melayu, versi Inggeris akan digunapakai.